Friday, October 30, 2009

Nasihat Luqman Al-Hakim















*Click image to enlarge


Friday, October 23, 2009

Jika..


Jika hari ini aku sibuk dengan hal dunia,


Semoga hari esok dapat di luangkan masa untuk beribadah


Jika hari ini aku banyak melakukan perkara lagha


Semoga hari esok dan dapat di kurangkan perkara-perkara tersebut


Jika hari ini aku gagal


Semoga hari esok aku berjaya


Jika hari ini aku tewas


Semoga hari esok aku bangkit dengan lebih bersemangat


Jika hari ini aku jahat


Semoga hari esok aku lebih baik


Jika hari ini aku lemah


Semoga hari esok aku kuat


Jika
hari ini hati ku sering resah


Semoga hari esok hatiku tidak lagi resah dengan banyak mengingati Allah


Jika hari ini aku kurang beramal


Semoga hari esok lebih banyak amalan ku


Jika hari ini masa ku di biarkan sia-sia


Semoga hari esok masa ku di gunakan dengan sebaiknya


Jika hari ini ilmu kita kosong


Semoga hari esok ilmu kita sarat


Jika
hari ini aku banyak berdosa


Semoga hari esok aku banyak pahala


Ya Allah Ya Tuhan,jadikanlah hariku esok lebih baik dari hari semalam..jadikanlah hari ku lusa lebih baik dari hari ku esok..Ya Allah,bantu lah hambaMu ini untuk berubah kepada keadaan yang lebih baik..


Ameen Ya Rabbal Alamin...


Muhammad Hanif bin Zol Hamidy

William Street,Sheffield

24/10/2009 : 2.17a.m.

Friday, October 16, 2009

Abu Hurairah


Abu Hurairah bermaksud bapa kucing kecil..Kenapa dia dikenali sebagai 'Bapa Kucing'?



Pada waktu jahiliyyah namanya ialah Abdu Syams bin Shakhr Ad-Dausi..Tatkala dia memeluk Islam,dia diberi nama oleh Rasulullah s.a.w dengan Abdurrahman..Dia sangat penyayang kepada binatang dan mempunyai seekor kucing yang selalu diberinya makan,digendongnya,dibersihkannya dan di berinya tempat tinggal..Kucing itu selalu bersamanya seolah-olah bayang-bayangnya..Inilah sebabnya dia diberi gelaran 'Bapa Kucing'



Abu Hurairah pernah berkata : "Aku dibesarkan dalam keadaan yatim dan berhijrah dalam keadaan miskin..Aku menerima upah sebagai pembantu kepada Busrah binti Ghazwan demi untuk mengisi perutku..Akulah yang melayani keluarga itu sekarang ini kerana aku telah berkahwin dengan puteri Busrah..Maka segala puji bagi Allah yang telah menjadikan agama ini penegak tiang kebenaran,dan menjadikan Abu Hurairah ikutan umat" Jika di bandingkan umur Rasulullah s.a.w dengan umurnya,beliau lebih muda sekitar 30tahun..Dia lahir di Daus,sebuah desa miskin di padang pasir Yaman..Hidup di tengah kabilah Azad,dia merupakan anak yatin sejak kecil dan banyak membantu ibunya menjadi pengembala kambing..



Dia datang kepada Rasulullah s.a.w pada tahun yang ketujuh hijrah sewaktu berada di Khaibar..Dia memeluk Islam kerana dorongan kecintaan dan kerinduan terhadap Rasulullah s.a.w..Semenjak dia bertemu dengan Rasulullah s.a.w dan berbai'at dengan Rasulullah s.a.w,hampir-hampir dia tidak berpisah lagi daripada Rasulullah kecuali tidur..Begitulah perjalanan hidup beliau selama 4 tahun yang di lalui bersama Rasulullah s.a.w yakni sejak dia masuk Islam hingga wafatnya Rasulullah s.a.w..



Kemahirannya didalam mengingati hadis Rasulullah s.a.w telah menyebabkan sebahagian sahabat berasa hairan sambil tertanya-tanya di dalam hati,dari mana datangnya hadis-hadis ini,bilakah Abu Hurairah mendengarnya dan menghafaznya..



Abu Hurairah pun memberikan penjelasan untuk menghilangkan kecurigaan ini dengan berkata "Tuan-tuan telah mengatakan bahawa Abu Hurairah banyak sekali mengeluarkan hadis daripada Rasulullah s.a.w dan tuan-tuan mengatakan bahawa orang-orang Muhajirin yang terlebih dahulu memeluk Islam pun tidak menceritakan hadis-hadis itu?Ketahuilah bahawa sahabat-sahabatku orang Muhajirin itu sibuk dengan perdagangan mereka di pasar-pasar,sedang sahabatku orang Ansar sibuk dengan tanah pertanian mereka..Sedang aku adalah orang miskin,dan paling banyak menyertai majlis Rasulullah s.a.w..Aku hadir pada waktu orang lain tidak hadir,dan aku boleh mengingati sesuatu hadis itu sedangkan mereka sering terlupa kerana sibuk dengan kerja lain"



Pada suatu hari Marwan bin Hakam ingin menguji kemampuan hafazan hadis daripada Abu Hurairah..Maka di panggilnya Abu Hurairah dan di bawa untuk duduk bersamanya,lalu dimintanya untuk mengkhabarkan hadis-hadis daripada Rasulullah s.a.w..Sementara itu disuruh penulisnya menuliskan apa yg di ceritakan Abu Hurairah dari sebalik dinding..Sesudah berlalu satu tahun,di panggilnya Abu Hurairah kembali dan di mintanya lagi membacakan hadis,ternyata tidak ada satu pun yang tersalah atau terlupa oleh Abu Hurairah walau satu perkataan..



Dan Imam Syafi'i mengemukakan pula pendapatnya tentang Abu Hurairah :"Beliau seorang yang paling banyak menghafal hadis di antara seluruh perawi hadis" Sementara Imam Bukhari menyatakan pula :"Ada 800 orang atau lebih dari sahabat tabi'in dan ahli ilmu yang meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah"



Demikianlah Abu Hurairah tak ubah bagai suatu perpustakaan besar menjadi rujukan umat Islam..Abu Hurairah termasuk di kalangan ahli ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah,selalu melakukan ibadat bersama isterinya dan anak-anaknya semalam-malaman secara bergilir-gilir bermula dengan beliau berjaga sambil solat sepertiga malam,kemudian di lanjutkan oleh isterinya sepertiga malam dan sepertiga malam lagi di manfaatkan oleh puterinya..Dengan demikian,tidak ada satu saat pon yang berlalu setiap malam di rumah Abu Hurairah,melainkan berlangsung di sana ibadat,zikir,dan solat..


Wallahualam...

Monday, October 12, 2009

Al-Quran Sebagai Pembela Di Hari Akhirat


Firman Allah : "(Beberapa hari yang di tentukan itu ialah) bulan Ramadhan,bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara hak dan batil)"
Al-Baqarah : 185



Abu Umamah r.a berkata : "Rasulullah s.a.w telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran,setelah itu Rasulullah s.a.w memberitahu tentang kelebihan Al-Quran"


Telah bersabda Rasulullah s.a.w : "Belajarlah kamu akan Al-Quran,di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya,di mana di kala itu,orang sangat memerlukannya.Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya,"kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Quran "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjungi,dan juga telah bangun malam untukku,dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.


Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu "Adakah kamu Al-Quran?". Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca itu mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberikan kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya,kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.


Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda,sehingga keduanya bertanya "Dari manakah kami memperoleh ini semua,padahal amal kami tidak sampai ke tahap ini?" Lalu di jawab "Kamu di beri ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran"


Di dalam riwayat yang lain daripada Anas bin Malik,bersabda Rasulullah s.a.w pada suatu hari :
"Mahu ke tidak aku maklumkan kepada kamu orang yang paling baik di kalangan umatku pada hari kiamat nanti?" Mereka menjawab "Mahu ya Rasulullah!". Rasulullah pun bersabda : "Mereka yang membaca Al-Quran kerana pada hari itu Allah berkata "Wahai Jibril,serulah pada mahsyar itu siapa yang membaca Al-Quran maka bangunlah mereka di hadapan ar-Rahman sehingga di bangkit nabi Daud a.s dan berkatalah Allah s.w.t,sekarang bacalah kamu semua maka bacalah mereka dengan suara yang merdu dan penuh khusyuk dan berkata lagi Allah s.w.t,Wahai ahliku,adakah kamu tahu siapa yang telah berbuat baik kepada kamu ketika di dunia?Mereka menjawab ya. Maka Allah s.w.t pun menyuruh mereka pergi dan dapatkan mereka di mahsyar dan bawalah mereka bersama kamu ke dalam syurga"


Wallahualam Bissowab..

Monday, October 5, 2009

Sheffield?

Bismillahirrahmanirrahim..



Assalamualaikum..sudah lama rasanya blog ini tidak di sentuh..



Bukannya diri ini tidak punya masa untuk update,tapi kepala ini terasa kosong,tidak tahu apa yang perlu di coretkan di blog ini..



Alhamdulillah,diri ini telah slamat smpai ke bandar Sheffield,pada 24 September 2009 yang lepas..apa perasaan berada di luar negara ni?hmm..ntah la..diri ini xdpt nk mengulas panjang..



Cuma walaupun diri jauh berada di perantauan,hati masih terasa berada di Malaysia..Cuaca Malaysia amat di rindui,makanan2 di Malaysia,segalanya di Malaysia,tidak dapat di gantikan dengan keadaan di perantauan ini..



Mungkin diri ini yang lemah belum dapat biasakan diri dengan keadaan di perantauan..jauh dari sanak saudara,kawan2..Namun,azam harus di kuatkan,minda harus di cekalkan,niat di hati untuk belajar lillahitaala,harus di tunaikan..Harapan keluarga,harapan penaja,adalah satu amanah yang tidak patut di abaikan..



Cuaca di Sheffield,kadang2 hujan,kadang2 cerah,kadang2 angin semacam ribut..tidak menentu...Jauh berbeza dgn keadaan di Malaysia yang sentiasa berkeadaan panas dan lembab sepanjang tahun..sangat selesa..



tanggal 5 Oktober 2009,diri ini demam,batuk2 dan selsema..kuliah pada hari ini langsung tidak dapat di berikan perhatian..Kelas pada waktu petang pula terpaksa skip,lantaran keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan..



"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu,padahal ia buruk bagi kamu..Dan (ingatlah),Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu),sedangkan kamu tidak mengetahuinya"
[Al Baqarah-216]



Ya Allah,adakah diri ini tidak bersyukur dgn kurniaan Mu?Ya Allah,hambaMu yang lemah ini memohon pertolongan dari Mu,agar di berikan kekuatan untuk melalui liku-liku kehidupan ku di perantauan ini..Ya Allah,peliharalah diriku,dan rakan2ku,agar tidak menyimpang dari jalan kebenaran,dan sentiasa memegang Al-Quran,sebagai penerang hidup kami..Ya Allah,berikanlah keselamatan,kesihatan yang baik,dan rezeki yang melimpah ruah,kepada keluarga kami yang berada jauh di Malaysia..Ya Allah,terangilah hati kami,agar mudah untuk menerima ilmu-ilmu Mu Ya Allah..


Ameen ya Rabbal Alamin..